Untitled Document

 

Latar Belakang

Kompleks MASDAR

Perancangan penubuhan Ma'had Tahfiz Sains Darul Muttaqin (MASDAR) bermula pada 6 Ramadhan 1423H bersamaan 6 Ogos 2011.

Jawatankuasa Pelaksana telah memutuskan penubuhan MASDAR bermula pada tahun 2012. Oleh itu, MASDAR secara rasminya memulakan sesi pengajiannya pada 8 Januari 2012 dengan pengambilan pertama seramai 46 orang yang terdiri dari 29 orang pelajar putera dan 17 orang pelajar puteri.

Sementara menunggu lokasi tetap MASDAR iaitu di atas Lot 2215, Mukim Temin, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darulaman, sempurna dibangunkan, MASDAR mendapat ihsan dan kebenaran daripada Jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah Agama At-Toyyibah untuk menumpang sementara di Sekolah Agama At-Toyyibah, Kg Padang Halban, Changlun, Kedah.

Pihak Jawatankuasa Lembaga Pengelola MASDAR juga telah bersetuju meletakkan MASDAR di bawah urus tadbir Nazir Amanah Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara (KOINSAN).

 

MASDAR | Berita

Berita

Perhubungan

Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin
Kampung Baru Batu 13
Jalan Sintok
06010 Changlun, Kedah
Phone/fax: 04-9241139
E-mail: masdar@mymasdar.com

 

Untitled Document